Bahasa
Bismillahirahmannirrahim.
Ok. Selalu saya menulis dalam bahasa Inggeris. Sejak dari dulu memang itu sikap saya. Saya bukan juga seorang yang mahir berbahasa Inggeris, samada penulisan mahupun lisan.
Tapi memang sejak saya pandai meluahkan rasa hati, saya lebih suka meluahkannya dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana saya dapati diri saya dapat meluahkan rasa hati dengan lebih tepat dan lancar jika menggunakan bahasa Inggeris. Pelik kan?
Saya lebih yakin jika saya dapat bercakap dalam bahasa kedua ini. Terutama sekali jika saya ingin betul-betul meluahkan apa yang saya rasa. Saya pernah menulis surat cinta yang bila diprint sebanyak 4 muka surat kepada z satu masa dulu, hanya untuk menyatakan apa yang saya rasa terhadapnya pada masa itu..dan dalam Bahasa Inggeris !
begitu juga dengan permulaan untuk menulis blog ini pada tahun lalu. saya mengambil keputusan untuk menulis dlm bahasa inggeris sebab saya merasakan saya lebih banyak perkataan dan idea yang boleh saya curahkan jika saya menggunakan bahasa kedua ini.
Tetapi pada kali ini saya cuba untuk menulis dalam bahasa malaysia. Bukan saya hendak memuji diri tapi pada pengujian kebangsaan semasa SPM dahulu saya berjaya mendapat A1 dlm kertas Bahasa Melayu. Alhamdullilah. Sya rasa di situlah kekuatan saya. Saya suka menulis, walaupun penulisan saya tidak sehebat mana, tapi saya boleh menjana idea saya sendiri dengan bentuk dan acuan saya sendiri.
Jiwa saya sensitif. Saya cepat terasa. Mudah menangis. Cepat belas dan merasa kasihan, walau dlm apa keadaan pun. Mudah rasa kasih dan jatuh sayang, tapi mengambil masa yg agak lama untuk menerapkan rasa yakin pada sesuatu yang saya suka.
Emmmmmmmmmm.. Rasa lain dah. Saya cepat merasa malu bila membaca curahan ini, Rasa amat janggal sungguh bila membacanya semula.
Teringat satu ketika dulu, pernah berbicara dengan abah tentang rasa hati saya. Susah sangat saya nak curahkan kepadanya. Dan di akhirnya saya luncurkan saja tetapi semuanya saya curahkan dalam bahasa inggeris. Abah dah faham. Dia mengerti bila saya berlagak begitu.
Walaupun tidak sehebat mana dan banyak kelemahan di sini sana tapi saya lebih sennag begitu caranya.
Tiada siapa yang baca blog ni selain anonymous yang setia, yang selalu mendengar cecehan saya. Terima kasih kepada anonymous yang selalu memberi nasihat dan ingatan kepada saya. Semoga Allah memberkati keikhlasan beliau. InsyaAllah.

2 Comments:
Hello Sweetheart ,
Sorry I was away and not able to read your earlier blog ...
Your Bahasa Malaysia is A1 superb ..cos i had to take the July paper back in 1991 gosh that was terible..:)
Anyway , i guess now abang is away for a while maybe ... just maybe you can think about your relationship dearie .. You are right about keeping us win ( refer to your previous post) but to ensure the success is something I am still struggling with ....
hello anonymous.
people are able to be success in whatever they do. but once, to maintain the success is something might hard to do.
Anyway, we have a mighty power. Pray (doa). That is the best one we can do. We have Allah wherever we go and forever.
I'm gonna pray, pray and keeping pray. I hope that you will do it for yourself too, dear.
Post a Comment
<< Home